Alat menuai padi?: satu pembuktian melalui eksperimen terhadap pisau tembeling

Nur Athmar Hashim, and Hamid Mohd Isa, and Jeffrey Abdullah, and Mokhtar Saidin , (2014) Alat menuai padi?: satu pembuktian melalui eksperimen terhadap pisau tembeling. Jurnal Arkeologi Malaysia, 27 . pp. 118-131. ISSN 0128-0732

[img] Microsoft Word
41kB

Official URL: http://archaeo.web44.net/jam.htm

Abstract

Pisau Tembeling merupakan artifak zaman Neolitik yang telah menimbulkan pelbagai polemik tentang fungsi sebenarnya. Kajian yang dilakukan oleh Adi Taha memperlihatkan alat ini berkemungkinan besar tidak digunakan untuk memotong kayu, tetapi ia mungkin digunakan sebagai alat untuk menuai padi, melapah kulit haiwan dan memotong daging. Andaian ini kemudian menjadi satu tanggapan umum bahawa ia adalah alat menuai padi. Persoalan yang timbul apakah bukti yang menunjukkan bahawa alat ini berfungsi sebagai alat menuai padi?. Hal ini kerana, tiada kajian saintifik yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu terhadap alat ini, sebaliknya andaian ini hanya berdasarkan kepada morfologi alat tersebut semata-mata. Oleh sebab itu, melalui makalah ini akan membincangkan eksperimen saintifik yang dijalankan bagi mengungkai adakah Pisau Tembeling ini berfungsi untuk menuai padi atau tidak.

Item Type:Article
Keywords:Pisau Tembeling; menuai padi; eksperimen saintifik
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:7089
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 May 2014 06:05
Last Modified:08 May 2014 07:30

Repository Staff Only: item control page