Norlelawaty Haron, and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Zuliskandar Ramli , and Ros Mahwati Ahmad Zakaria, and Mohd Rohaizat Abdul Wahab, (2014) Kesenian kraf - proses pembuatan jebak puyuh. Jurnal Arkeologi Malaysia, 27 . pp. 132-149. ISSN 0128-0732
Microsoft Word
57kB |
Official URL: http://archaeo.web44.net/jam.htm
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat kesenian kraf dalam proses pembuatan jebak puyuh yang terkenal di daerah Tumpat, Kelantan terutamanya dari penggiat seni kraf tempatan. Sejarah perkembangan seni bermula seiring dengan sejarah perkembangan manusia itu sendiri. Sejak dari zaman neolitik, proses hidup berpindah randah telah berubah kepada proses hidup menetap. Dalam zaman yang baru ini, manusia mula menghasilkan tanaman dan pertukangan dalam kegiatan harian mereka dengan membentuk alat kelengkapan harian untuk bertani, menangkap ikan dan berburu. Secara perlahan-lahan proses ini telah membantu ke arah penciptaan kraf tangan dengan lebih meluas. Seni kraf jebak puyuh merupakan salah satu produk yang menarik dan sangat bernilai. Pada zaman dahulu, orang tidak menternak puyuh, namun burung itu mudah untuk di dapati tetapi tidak mudah untuk menangkapnya yang hidup liar Oleh itu, anak-anak muda pada masa itu menjadikan hobi memikat burung terutamanya selepas musim men uai padi atau ketika banjir men enggelamkan semak samun kerana keen akan dagingnya. Maka, dengan kemahiran dan kepakaran yang ada pada mereka, perangkap atau jebak puyuh direka untuk memudahkan memikat burung tersebut. Jebak puyuh yang direka untuk memikat burung puyuh kini telah di pelbagai gunakan kerana beberapa inovasi dan pengubahsuaian yang dibuat menjadikan alat itu boleh di jadikan produk hiasan atau di jadikan sangkar untuk haiwan lain seperti kucing. Jebak ialah perangkap yang berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata dilengkapi pintu kecil serta tempat menggantung jebak dan terdapat tali jerat di dalamnya yang boleh dilaraskan ke pintu jebak. Proses pembuatannya menggunakan bahan-bahan yang ada di persekita ran yang mudah di dapati.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesenian kraf; Jebak puyuh; perangkap; memikat burung; inovasi |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 7090 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 May 2014 06:10 |
Last Modified: | 08 May 2014 07:28 |
Repository Staff Only: item control page