Temuan jumpaan permukaan yang menyokong data ekskavasi dan kronologi tapak Kerajaan Melayu Beruas yang telah berlangsung pada abad ke-15 Masihi

Mohd Hasfarisham Abd Halim, and Mohamad Hanif Md. Noor, and Mokhtar Saidin , (2014) Temuan jumpaan permukaan yang menyokong data ekskavasi dan kronologi tapak Kerajaan Melayu Beruas yang telah berlangsung pada abad ke-15 Masihi. Jurnal Arkeologi Malaysia, 27 . pp. 150-159. ISSN 0128-0732

[img] Microsoft Word
45kB

Official URL: http://archaeo.web44.net/jam.htm

Abstract

Kajian arkeologi telah dijalankan di kawasan Beruas-Manjung oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2009-2010 dengan tujuan utama ialah untuk mendapatkan data in situ tentang Kerajaan Melayu Beruas dan juga Kerajaan Gangga Nagara. Hasil kajian telah dapat dikumpulkan dalam tesis kedoktoran salah seorang penulis iaitu Mohamad Hanif dalam disertasi beliau yang dihantar pada tahun 2011. Antara dapatan utama kajian tersebut ialah dapat memberikan pentarikhan kronometrik yang mengesahkan Kerajaan Melayu Beruas wujud sekitar abad ke-15 Masihi dan Kerajaan Gangga Nagara pada abad ke-6 Masihi. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini hanya akan membincangkan hasil survei lapangan yang telah dipertanggungjawabkan kepada penulis pertama, yang telah menemui banyak jumpaan permukaan berupa pecahan tembikar, seramik, syiling dan tampang yang mengesahkan bukti kewujudan tamadun di kawasan ini seperti hasil ekskavasi yang telah dilakukan pada tahun 2011.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan Beruas; Kerajaan Gangga Nagara; pentarikhan kronometrik
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:7091
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 May 2014 06:14
Last Modified:08 May 2014 07:20

Repository Staff Only: item control page