Adaptasi-adaptasi pesisiran pantai pada zaman neolitik: satu catatan ringkas

Ahmad Hakimi Khairuddin, (2014) Adaptasi-adaptasi pesisiran pantai pada zaman neolitik: satu catatan ringkas. Jurnal Arkeologi Malaysia, 27 . pp. 171-179. ISSN 0128-0732

[img] Microsoft Word
45kB

Official URL: http://archaeo.web44.net/jam.htm

Abstract

Makalah ini cuba membincangkan tentang adaptasi masyarakat prasejarah yang mendiami kawasan pesisir pantai di Malaysia. Masyarakat pesisir merupakan penutur bahasa Austronesia yang mempunyai kemampuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran sehingga ada sarjana yang men gaitkan dengan pergerakan atau penghijrahan kumpulan-kumpulan manusia. Antara tapak prasejarah di pesisiran pantai yang penting di Malaysia ialah di Guar Kepah, Seberang Prai, Pulau Pinang dan tapak di Tanjong Bunga, Johor. Kepelbagaian bentuk adaptasi ekologi pesisiran pantai pada zaman neolitik berdasarkan kepada bukti-bukti peninggalan tapak-tapak neolitik dan juga kewujudan kepelbagaian bentuk adaptasi ekologi pesisiran pantai pada hari ini. Model yang digunakan pada hari ini seolah-olah mencadangkan bahawa hanya terdapat satu bentuk adaptasi ekologi pesisiran pantai yang dikaitkan dengan pergerakan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Austronesia dan i kawasan utara sehingga ke kepulauan Pasifik. Adaptasi ekologi ini lebih menjurus kepada pelayaran laut dalam. Kemungkinan wujudnya bentuk¬bentuk adaptasi ekologi pesisiran pantai yang pelbagai memerlukan ahli-ahli arkeologi tempatan untuk membuat penelitian yang lebih mendalam supaya hasil penelitian mereka boleh membuktikan sama ada kepelbagaian adaptasi ekologi tersebut wujud atau tidak.

Item Type:Article
Keywords:Guar Kepah; Tanjong Bunga; masyarakat pesisir; Austronesia
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:7093
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 May 2014 06:21
Last Modified:11 May 2014 15:26

Repository Staff Only: item control page