Pembangunan perisian kursus 'Saya suka belajar’ untuk pembelajaran bahasa Melayu bagi kanak-kanak autisme

Salman Firdaus Sidek, and Nur Saadah Fathil, and Nur Zuhaidah Mohamed Zain, and Kamaliah Muhammad, (2014) Pembangunan perisian kursus 'Saya suka belajar’ untuk pembelajaran bahasa Melayu bagi kanak-kanak autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (1). pp. 1-10. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada pembangunan perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri dari lima orang kanak-kanak autisme pada aras ringan yang sedang belajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Satu borang pemantauan khusus yang pernah digunakan oleh Megan Davis, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv dan Stuart D. Powell di dalam kajian mereka yang bertajuk The Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive Learning Environment for Children with Autism telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini dengan sedikit pengubahsuaian dilakukan agar ianya sesuai dengan keperluan kajian. Dapatan kajian pula dianalisis secara kualitatif berdasarkan beberapa persoalan kajian yang turut dicadangkan dalam kajian mereka dan telah diubahsuai mengikut keperluan kajian ini. Hasil kajian mendapati perisian kursus yang telah dibangunkan berdasarkan metodologi pembangunan ADDIE ini mampu menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Perisian kursus, ADDIE, autisme, aras ringan, Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:7094
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2014 11:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page