Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di Sekolah Rendah

Yahya Othman, and DK. Suzanawaty Pg. Osman, (2014) Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (1). pp. 19-29. ISSN ISSN: 2180-4842

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah bagi menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid tahap sederhana di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan secara deskriptif berasaskan pendekatan kuantitatif. Kaedah yang digunakan berbentuk kuasi eksperimental dengan reka bentuk pra dan pasca ujian satu kumpulan. Seramai 39 orang sampel dalam Tahun 5 terlibat dalam kajian ini dari salah sebuah sekolah di zon Brunei IIA. Ujian pencapaian murid dan soal selidik minat dan persepsi murid terhadap pembelajaran berasaskan projek digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS versi 20. Untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah alat statistik yang digunakan adalah ujian-t berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah dalam ujian pasca, t(39) = -12.75, p<0.5 Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan kemahiran menulis dalam kalangan murid dan sesuai dijalankan di sekolah-sekolah rendah.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran berasaskan projek, kemahiran menulis, penulisan berbentuk risalah, kuasi eksperimen
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:7110
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2014 11:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page