Tahap kemahiran metakognitif murid tingkatan empat dalam pembelajaran bahasa Melayu

Nur Aisyah Mohamad, and Zamri Mahamod, (2014) Tahap kemahiran metakognitif murid tingkatan empat dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (1). pp. 41-47. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
174kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran meta kognitif pelajar tingkatan empat ketika ketika mempelajari Bahasa Melayu. Seramai 299 pelajar tingkatan empat di lapan buah sekolah menengah kebangsaan dan agama di daerah Pasir Mas, Kelantan dijadikan responden kajian. Pelajar dipilih secara rawak mudah. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan, min, sisihan piawai dan tahap meta kognitif murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar memiliki kemahiran meta kognitif yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar menggunakan kemahiran memantau, menilai dan regulasi ketika mempelajari Bahasa Melayu. Dengan kesedaran kemahiran meta kognitif yang tinggi, secara tidak langsung menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu dan seterusnya meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu mereka. Oleh itu, setiap guru Bahasa Melayu perlu mengeksploitasi kemahiran meta kognitif pelajar supaya mereka berminat dan bermotivasi untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran meta kognitif, memantau, menilai, regulasi kendiri, mata pelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:7112
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2014 11:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page