Penggunaan bahasa Ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumu di Sekolah Pedalaman Sarawak

Ilangko Subramaniam, and Noorulafiza Abdul Muthalib, and Siti Nor Hamahida Zainal , (2014) Penggunaan bahasa Ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumu di Sekolah Pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (1). pp. 65-74. ISSN 2180-4842

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Usaha penerapan dan penghayatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid sekolah rendah berbangsa Iban merupakan satu cabaran kepada para pendidik di kawasan pendalaman Sarawak. Namun, penggunaan bahasa ibunda dikenal pasti sebagai satu pendekatan yang berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Kajian ini adalah tentang penggunaan Bahasa Iban dalam aktiviti P&P mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berbangsa Iban. Kajian kes ini telah dijalankan di dua buah sekolah rendah, di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan bahasa Iban sebagai wahana komunikasi untuk memastikan murid dapat menguasai objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimental dijalankan untuk melihat tahap pemahaman murid apabila bahasa pertama digunakan dalam aktiviti pengajaran bahasa kedua. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid Tahun 1 dapat mencapai objektif mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu dapat memahami petikan dengan baik dan dapat menjawab soalan pemahaman dengan lebih tepat apabila bahasa pertama digunakan untuk mengukuhkan pemahaman murid. Perkongsian hasil kajian ini penting khususnya bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya di sekolah-sekolah rendah yang majoriti muridnya terdiri daripada kaum peribumi kerana murid juga lebih reseptif terhadap kaedah pengajaran ini.

Item Type:Article
Keywords:Penguasaan, Bahasa Melayu, Bahasa Iban, murid sekolah rendah, sekolah pedalaman, murid peribumi
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:7115
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2014 12:03
Last Modified:19 May 2014 13:03

Repository Staff Only: item control page