Jalaluddin Abdul Malek, (2014) Wacana pemikiran techno cities tentang bandar pengetahuan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 80-94. ISSN 2180-2491
|
PDF
386kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Artikel ini adalah suatu wacana tentang pemikiran techno cities bandar pengetahuan dalam era pasca bandar pintar. Era bandar pintar yang mementingkan maklumat bagi kemajuan komersial dalam konteks pembangunan bandar abad ke-21 telah berlalu. Kini pemikiran techno cities lebih menekankan ilmu pengetahuan bernilai yang berteraskan moral dan etika. Pemikiran techno cities merupakan pencetus kepada kelahiran masyarakat minda kelas pertama di bandar pengetahuan dalam konteks 1 Malaysia. Makalah ini bertujuan membincangkan teori dan pemikiran techno cities dalam konteks masyarakat berilmu pengetahuan di bandar ilmu dengan rujukan khusus kepada Bandar Baru Bangi. Pemikiran techno cities dibincang berdasarkan kepada perbahasan tentang tiga epistemologi utama, iaitu moden, pasca moden dan Islam di samping menyorot kepelbagaian yang wujud dari sudut ontologi tesis, anti tesis dan sintesis. Pemikiran techno cities masyarakat di bandar pengetahuan umumnya bersifat pelbagai dimensi. Kini, pemikiran tersebut telah memecah tembok pemikiran modenisasi, malah menjadi pengkritik idea modenisasi itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa komuniti di BBB mengetahui tentang konsep bandar ilmu. Namun pemikiran techno cities mereka rata-rata pada tahap sederhana sahaja. Dari segi amalan, komuniti bandar ilmu masih pada tahap permulaan dan wajar ditingkatkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | bandar ilmu, bandar pintar, etika, masyarakat berilmu pengetahuan, moral, pemikiran techno cities |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 7122 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 May 2014 15:12 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:43 |
Repository Staff Only: item control page