Komuniti minoriti dan pembentukan landskap politik lokal: penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia

Sarjit S. Gill, and Mohd Razali Harun, and Ahmad Tarmizi Talib, (2014) Komuniti minoriti dan pembentukan landskap politik lokal: penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 95-103. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
245kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Makalah ini membincangkan penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia. Wacana politik di Malaysia masih lagi berlegar dalam lingkungan politik komuniti majoriti semata-mata. Wacana politik komuniti minoriti seakan-akan dipinggirkan. Realitinya, komuniti minoriti juga menyumbang kepada perkembangan politik negara. Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12), belia minoriti khususnya dalam kalangan komuniti Siam dilihat sebagai golongan penting dalam mencorak landskap politik negara terutamadalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) khususnya di beberapa buah negeri yang dominan dengan komuniti Siam seperti Kedah, Kelantan dan Perlis. PRU 12 telah memberikan kesan besar kepada perubahan landskap politik Malaysia. Keputusan PRU 12 menunjukkan bahawa Barisan Nasional sebagai parti pemerintah tewas di Kedah dan masih lagi gagal menawan Kelantan yang mempunyai komuniti Siam paling ramai di Malaysia. Namun begitu, Kedah jatuh semula ke tangan BN pada PRU13, sementara Kelantan masih kekal berada di bawah penguasaan Pakatan Rakyat (PR). Ini menunjukkan bahawa penglibatan mereka dalam pilihan raya begitu penting dalam membawa perubahan politik. Oleh itu, beberapa persoalan perlu dirungkai terutama berkaitan penglibatan belia komuniti Siam dalam politik. Apakah belia komuniti Siam menyertai parti politik? Apakah jawatan yang mereka sandang? Apakah mereka terlibat dalam program-program politik? Apa yang pasti, penglibatan mereka dalam politik secara langsung bakal memberi impak yang besar dalam perkembangan politik khusus dalam pilihan raya umum.

Item Type:Article
Keywords:belia, komuniti minoriti, penglibatan, pilihan raya, politik, Siam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7123
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2014 15:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page