Mengasuh bakal usahawan Malaysia: Penentu keberkesanan pembelajaran kewangan di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Ahmad Raflis Che Omar, and Abdullah Sanusi Othman, and Suraiya Ishak, and Jumaat Abd Moen, and Mohd Rizal Palil, and Mohamad Abdul Hamid, and Mohd Fauzi Mohd Jani, (2014) Mengasuh bakal usahawan Malaysia: Penentu keberkesanan pembelajaran kewangan di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 104-114. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
255kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Artikel ini membincangkan pandangan pelajar tentang keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kurikulum analisa penyata kewangan dalam kursus pengurusan kewangan, keusahawanan dan pengurusan strategik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Lazimnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran analisa penyata kewangan dilaksanakan oleh pensyarah dan pelajar secara tradisional yang berpandukan laporan kewangan yang dipetik daripada buku teks utama kursus. Namun keberkesanan teknik ini dianggap kurang memuaskan di mana pelajar tidak didedahkan dengan penyata kewangan sebenar syarikat dan masih menggunakan pendekatan “kira dan semak” yang tidak menarik. Sebaliknya, perkembangan teknologi maklumat memungkinkan analisa penyata kewangan dilaksanakan menggunakan perisian khas dan mengambil kira maklumat kewangan sebenar syarikat. Artikel ini melaporkan hasil tinjauan terhadap pandangan pelajar yang telah dan sedang mempelajari topik analisa penyata kewangan. Dapatan kajian menunjukkan wujud kelemahan ketara dalam aspek perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta intrepretasi maklumat kewangan bersandarkan kaedah tradisional. Para responden sepakat bahawa perisian analisa berkomputer perlu digunakan bagi memudahkan pelajar menguasai kurikulum berkenaan dengan berkesan berdasarkan penggunaan maklumat penyata kewangan syarikat yang sebenar.

Item Type:Article
Keywords:analisa penyata kewangan, keusahawanan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, perisian,universiti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7134
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 05:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page