Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal

Jurry Foo@Jurry bt. F Michael, and Mustafa Omar, and Ahmad Aldrie Amir, and Abdul Latiff Mohamad, (2014) Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 115-126. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di pasar tempatan atau dikenali sebagai tamu di Pantai Barat, Sabah. Data dikumpul melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temu bual di lima buah tamu di Penampang, Ranau, Tamparuli, Tuaran dan Pekanabalu. Seramai 26 orang responden dalam lingkungan umur 35 hinga 78 tahun telah mengambil bahagian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penjual untuk terus memasarkan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Oleh yang demikian, responden terhad kepada kalangan penjual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh faktor yang menyebabkan kelangsungan aktiviti pemasaran tumbuhan ubatan di kawasan kajian, iaitu sumber pendapatan, permintaan, harga, peluang, budaya, kemajuan teknologi komunikasi, pengetahuan tradisi, akses, kelimpahan dan produktiviti. Faktor tersebut seterusnya diklasifikasikan kepada tiga, iaitu faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor ekologi. Analisis lanjut mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini sama penting dalam mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Pantai Barat Sabah.

Item Type:Article
Keywords:ekologi, faktor sosioekonomi, kelangsungan pasaran, penjual, tamu, tumbuhan ubatan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7135
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 05:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page