Kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang: suatu pemerhatian awal

Kwok, Chin Hoe and Haris Abd Wahab, (2014) Kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang: suatu pemerhatian awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 127-132. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Keterlibatan penduduk luar bandar dalam program pembangunan adalah elemen penting yang menyumbang kepada keberhasilan program yang diimplementasikan oleh agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, kerelaan penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam program pembangunan yang diadakan kerap kali terjejas akibat faktor persekitaran di tempat tinggal mereka sehingga menghambat mereka daripada mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pembangunan. Artikel ini menghujahkan bahawa persekitaran fizikal di sekitar kawasan petempatan penduduk luar bandar adalah elemen yang memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan yang telah direncanakan oleh agensi pelaksana. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang. Pemerhatian awal menggunakan satu set borang soal selidik ini telah dijalankan di Daerah Song, Sarawak. Sampel kajian terdiri daripada 260 orang ketua isi rumah di rumah panjang yang dipilih menerusi tiga tahap prosedur persampelan rawak. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan lokaliti serta sungai di kawasan kajian telah memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan yang diadakan di rumah panjang.

Item Type:Article
Keywords:komuniti Iban, penglibatan, penyertaan komuniti, persekitaran fizikal, program pembangunan, rumah panjang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7136
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 05:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page