Persepsi penduduk Shah Alam terhadap dasar pengangkutan dan kesediaan mengguna pengangkutan mampan

Na’asah Nasrudin, and Katiman Rostam, and Rosniza Aznie Che Rose, (2014) Persepsi penduduk Shah Alam terhadap dasar pengangkutan dan kesediaan mengguna pengangkutan mampan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 133-142. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Artikel ini memeriksa bagaimana dasar pengangkutan dapat mempengaruhi tingkah laku perjalanan bagi penggunaan pengangkutan mampan dan kesediaan penduduk bandar untuk mengurangkan penggunaan kereta. Kaji selidik dijalankan di sekitar Shah Alam, Selangor dan sebanyak 384 pengguna jalan raya yang mewakili 36 seksyen telah dipilih secara rawak berkadar sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati, majoriti responden menyatakan bahawa kenaikan harga petrol dan tol menjadi faktor utama untuk mengurangkan penggunaan kereta, dan penyediaan lebih banyak pengangkutan awam akan menggalakkan mereka untuk bertukar menggunakan pengangkutan awam. Keputusan ujian Khi-kuasa dua menunjukkan bahawa kesediaan responden untuk menggunakan pengangkutan awam mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan memandu kereta. Tahap kesediaan untuk menggunakan pengangkutan awam adalah lebih rendah apabila pengguna lebih kerap menggunakan kereta. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majoriti daripada pengguna tidak bersedia untuk mempertimbangkan penggunaan basikal dan berjalan kaki sebagai alternatif kepada memandu kereta.

Item Type:Article
Keywords:dasar pengangkutan, kesanggupan mengurangkan penggunaan kereta, penduduk bandar, pengangkutan awam, pengangkutan mampan, tingkah laku perjalanan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7137
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 05:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page