Analisis spasial sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian di Kabupaten Sleman, Indonesia

Harini, Rika and Hadi Sabari Yunus, and Kasto, and Hartono, Slamet (2014) Analisis spasial sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian di Kabupaten Sleman, Indonesia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 154-167. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
486kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Bilangan penduduk yang meningkat secara langsung akan berdampak kepada sumber tanah untuk memenuhi keperluan hidup. Sebagai sumber yang terhad dan tidak dapat diperbaharui dari segi kuantiti maka keberadaan tanah perlu mendapat perhatian khasnya tanah pertanian. Pertukaran gunatanah pertanian akibat peningkatan bilangan penduduk tidak dapat dihindarkan. Perkara tersebut jika dibiarkan terus akan menyebabkan pertukaran gunatanah yang tidak terkawal. Akibat yang ditimbulkan selain mengancam keselamatan makanan kemungkinan lain adalah berlakunya kerosakan lingkungan. Sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian merupakan suatu kajian yang menarik untuk dikaji. Mengingat gencarnya pembangunan di luar sektor pertanian yang menggeser kegiatan pertanian terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi. Kajian ini dijalankan di Kabupaten Sleman yang dibahagi menjadi 3 zon kawasan yakni zon 1 kawasan dengan pertukaran gunatanah tinggi, zon 2 kawasan dengan pertukaran gunatanah sederhana dan zon 3 kawasan pertukaran gunatanah rendah. Metod pemerhatian dilakukan dalam kajian ini melalui temubual terhadap petani pemilik tanah pertanian. Analisis secara deskriptif dan uji statistik dengan model binary logistic dan Seemingly Unrelated regression (SUR) yang ditampilkan dalam bentuk sama ada jadual mahupun peta. Dapatan kajian menujukkan bahawa telah berlaku variasi pertukaran gunatanah di Kabupaten Sleman. Hasil uji sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian menunjukkan bahawa pemboleh ubah umur, paras pendidikan secara signifikan tidak mempengaruhi sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian. Berdasarkan hasil uji SUR menunjukkan bahawa berlaku variasi sikap petani dalam mempertahankan tanah pertanian dalam bentuk tanah sawah, ladang mahupun tanah pekarangan.

Item Type:Article
Keywords:analisis spatial, corak sikap, pembuatan keputusan petani, tanah pertanian, pertukaran gunatanah,tekanan penduduk
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7139
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 05:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page