Landskap ekonomi Malaysia sebelum Dasar Ekonomi Baru: Peranan pelaburan Jepun

Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2014) Landskap ekonomi Malaysia sebelum Dasar Ekonomi Baru: Peranan pelaburan Jepun. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 168-177. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
92kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Artikel ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia antara tahun 1957 hingga 1970. Tempoh ini dipilih kerana artikel ini bertujuan melihat corak pelaburan Jepun di Malaysia sebelum perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Ia juga merupakan tempoh pentadbiran Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama Malaysia. Lebih satu dekad selepas tahun 1945, tidak terdapat sebarang pelaburan Jepun di Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Ini kerana ia menumpukan kepada pembinaan semula negaranya selepas Perang Dunia Kedua. Menjelang akhir tahun 1950-an, Jepun mula mengubah dasar luarnya terhadap Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak dari tidak aktif kepada aktif dan memulakan polisi pelaburannya. Pelaburan Jepun dalam tempoh ini adalah berorientasi kepada pemerolehan bahan mentah dan perdagangan bagi kepentingan ekonominya. Pelaburan Jepun di Malaysia tidak berkembang pantas sehingga tahun 1970 kerana isu pampasan perang masih menjadi penghalang.

Item Type:Article
Keywords:faktor tarikan, faktor tolakan, konglomerat Jepun, landskap ekonomi, pelaburan Jepun, Sogo Shosha
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7140
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 07:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page