Kebolehcapaian dan keterancaman modal semula jadi Orang Asli Lanoh di Malaysia

W.A. Amir Zal, and Hood Salleh, and Mustaffa Omar, and Sharina Halim, (2014) Kebolehcapaian dan keterancaman modal semula jadi Orang Asli Lanoh di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 178-188. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Kajian tentang Orang Asli sebelum ini cenderung untuk mengungkap tentang pergantungan komuniti ini kepada sumber asli. Walau bagaimanapun, perbincangan tidak menekankan aspek kebolehcapaian dan masalah kepupusan sumber asli yang sedang dihadapi oleh Orang Asli. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan realiti kebolehcapaian dan masalah kepupusan sumber asli yang dihadapi oleh Orang Asli, khususnya dalam kalangan orang-orang Lanoh. Kajian ini dijalankan terhadap 44 Ketua isi rumah komuniti Lanoh di Kampung Air Bah, Lenggong Perak menggunakan kaedah kaji selidik. Hasil analisis menunjukkan bahawa komuniti Lanoh menghadapi masalah kemerosotan bekalan sumber asli. Ini memberikan gambaran bahawa Orang Lanoh sukar mendapatkan bekalan sumber asli dan keupayaan untuk menggunakannya juga kian rendah. Kajian ini menyimpulkan bahawa, Orang Asli Lanoh berdepan dengan tiga jenis ancaman iaitu, trend perubahan akibat pembangunan yang meningkatkan kos sara hidup; kejutan akibat wabak penyakit; dan perubahan musim yang menjejaskan kehidupan mereka. Pihak berkuasa perlu melakukan intervensi bagi menjamin bekalan modal asli Orang Lanoh, iaitu dengan memastikan sumber alam dipulihara dan kemahiran yang sesuai dengan perubahan diberikan kepada komuniti ini untuk menjamin keterusan kehidupan mereka.

Item Type:Article
Keywords:adaptasi, ancaman, inovasi sosial, Orang Lanoh, kebolehcapaian, modal semula jadi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7141
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 07:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page