Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah

Mazdi Marzuki, and Jabil Mapjabil, and Rosmiza Mohd Zainol, (2014) Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 189-198. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
337kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pelajar Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti untuk ke sekolah dalam kalangan pelajar Orang Asli di daerah Tapah. Kajian dilakukan terhadap pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah yang merupakan dua buah sekolah yang paling ramai pelajar Orang Asli. Kajian melibatkan penggunaan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual dengan guru serta maklumat daripada Sistem Maklumat Murid. Hasil kajian mendapati bahawa pengangkutan awam disediakan kepada pelajar Orang Asli seperti bas sekolah dan trak. Namun begitu, operasi perkhidmatan pengangkutan yang disediakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti, bilangan dan perkhidmatan. Dari segi jarak, secara purata pelajar Orang Asli terpaksa melakukan perjalanan melebihi 15 KM dengan trip yang mengambil masa melebihi 45 minit. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan tahap aksesibiliti pelajar Orang Asli terhadap kemudahan pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:aksesibiliti, keciciran pelajaran, pelajar Orang Asli, pengangkutan desa, perkhidmatan bas sekolah, trip ke sekolah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7142
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 07:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page