Potensi premis penginapan kecil dan sederhana dalam pembangunan pelancongan pantai di Kelantan

Asran Alias, and Melasutra Md Dali, (2014) Potensi premis penginapan kecil dan sederhana dalam pembangunan pelancongan pantai di Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 175-187. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
658kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Industri pelancongan di Kelantan merupakan satu industri yang penting pada tahun 2012. Anggaran dalam menarik enam juta pelancong sempena TMK12 akan memberi cabaran terutamanya kepada penyediaan premis penginapan yang mencukupi terutama bagi premis penginapan kecil dan sederhana. Pembangunan premis penginapan kecil sederhana mampu memberi tarikan berlainan kepada pelancong terutamanya yang terletak di kawasan desa berpantai. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek penting dalam perancangan infrastruktur premis penginapan kecil sederhana. Fokus ialah kepada aspek infrasturuktur kerana ia merupakan tarikan utama dalam industri pelancongan di Kelantan terutamanya semasa Tahun Melawat Kelantan 2012. Oleh itu, perbincangan ini menyarankan beberapa idea dalam menambah baik penyediaan infrastruktur kepada pelancong. Kajian dijalankan dengan menemuduga pengunjung premis penginapan terpilih melalui borang kaji selidik dan pemerhatian terhadap pengguna premis penginapan tersebut. Hasil kajian mendapati kemudahan elektrik yang disediakan oleh TNB dan bentuk promosi yang dilakukan oleh kerajaan bakal mempengaruhi pengunjung dan pengguna untuk datang kembali menginap. Sebagai kesimpulan, kemudahan penyediaan elektrik oleh TNB dan bentuk promosi perlu dipertingkatkan bagi mempengaruhi penginap untuk datang kembali dan menarik pelancong untuk menginap di kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:infrastruktur pelancongan, infrastruktur penduduk, kemudahan, pelancongan pantai, penyediaan infrastruktur, premis penginapan kecil dan sederhana
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7143
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2014 07:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page