Korelasi pekali kekasaran kekar (JRC) dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan granit, Semenanjung Malaysia

T.L., Goh and Ghani Rafek, A. and Hariri Arifin, M. (2014) Korelasi pekali kekasaran kekar (JRC) dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan granit, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 43 (5). pp. 751-756. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
724kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kekasaran permukaan satah ketakselanjaran adalah parameter penting untuk penilaian kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan kerana ia mempengaruhi tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak satah tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk tiga (3) persamaan polinominal untuk mengkorelasikan sudut geseran puncak ketakselanjaran (fp) batuan granit segar, terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana dengan pekali kekasaran kekar, (JRC). Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit segar ialah fp1 = -0.071JRC2 + 3.56JRC + 35.6. Persamaan polinominal ketakselanjaran batuan granit terluluhawa sedikit dan terluluhawa sederhana masing-masing ialah fp2 = -0.087JRC2 + 4.32JRC + 34.1 dan fp3 = -0.133JRC2 + 5.08JRC + 29. Hasil kajian ini memberikan satu kaedah alternatif penganggaran nilai fp satah ketakselanjaran daripada penentuan nilai PKK pada permukaan ketakselanjaran batuan granit di lapangan.

Item Type:Article
Keywords:Granit; pekali kekasaran kekar; sudut geseran puncak; ujian kemiringan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7157
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2014 07:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page