Pemodelan titik data kabur teritlak

Rozaimi Zakaria, and Abd. Fatah Wahab, (2014) Pemodelan titik data kabur teritlak. Sains Malaysiana, 43 (5). pp. 799-805. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Di dalam kertas ini, pendekatan dalam mentakrifkan ketakpastian titik data melalui pendekatan konsep nombor kabur yang sedia ada dapat diitlakkan. Pengitlakan ini termasuk pentakrifan ketakpastian data yang akan menjadi titik data kabur (titik kawalan kabur) selepas ditakrifkan oleh konsep nombor kabur. Kemudian, kajian ini juga membincangkan tentang proses pengkaburan (operasi potongan-alfa) terhadap titik data kabur tersebut dalam bentuk segitiga nombor kabur diiringi dengan beberapa teorem dan juga pembuktiannya. Selain itu, kami juga turut memodelkan titik data kabur tersebut melalui fungsi lengkung yang sedia ada iaitu fungsi lengkung Bezier. Selepas itu, turut dicadangkan juga ialah proses penyahkaburan terhadap titik data kabur selepas operasi potongan-alfa diimplementasikan bagi memperoleh penyelesaian titik data kabur rangup sebagai keputusan akhir yang turut dimodelkan melalui fungsi lengkung Bezier dengan disertai beberapa teorem bagi memahami bentuk data tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Lengkung kabur; nombor kabur; operasi potongan-alfa; penyahkaburan; titik data kabur
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7163
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2014 07:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page