Pembinaan metriks ekuiti jenama Universiti

Haja Mydin Abdul Kuthoos, and Shuhaida Md Noor, and Nor Hazlina Hashim, and Kamaliah Siarap, (2014) Pembinaan metriks ekuiti jenama Universiti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (1). pp. 1-21. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
395kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Pembinaan metriks ekuiti jenama bagi universiti adalah penting kerana sehingga kini masih tiada metriks khusus bagi mengukur ekuiti jenama yang dimiliki oleh sesebuah universiti. Metriks ekuiti jenama untuk mengukur ekuiti jenama produk serta perkhidmatan didapati tidak menepati keperluan pengukuran ekuiti jenama universiti. Maka, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti dimensi-dimensi metriks yang penting dalam mengukur ekuiti jenama universiti. Dalam membina metriks ekuiti jenama universiti ini, metriks pengukuran produk dan perkhidmatan berdasarkan kajian lepas telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan pengukuran ekuiti jenama universiti. Analisis faktor terhadap 27 dimensi dari kajian lepas telah menghasilkan 12 dimensi dalam pengukuran ekuiti jenama universiti yang penting dan harus dititikberatkan oleh sesebuah universiti dalam membangunkan ekuiti jenama mereka. Antaranya adalah kualiti, kepercayaan, penerimaan dan warisan. Kajian ini juga telah menemui dimensi kepimpinan sebagai satu dimensi penting dalam mengukur ekuiti jenama universiti.

Item Type:Article
Keywords:Metriks jenama; metriks jenama university; ekuiti jenama; ekuiti jenama universiti
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:7238
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2014 05:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page