Faktor rintangan ke atas kempen tak nak merokok

Hanum Hassan, and Norhafezah Yusof, and Rosna Awang Hashim, (2014) Faktor rintangan ke atas kempen tak nak merokok. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (1). pp. 75-95. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
373kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara ciri inovasi dengan rintangan yang wujud dalam kempen “Tak Nak Merokok”. Dengan menggunakan persampelan kelompok, seramai 396 responden dipilih yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di lapan buah sekolah menengah di negeri utara Malaysia. Data dan maklumat dikumpul melalui kaedah tinjauan yang dianalisis dengan menggunakan analisis statistik korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara ciri inovasi iaitu kelebihan relatif, keserasian, kerumitan dan kebolehcubaan dengan kewujudan rintangan dalam “Kempen Tak Nak Merokok”. Kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor seperti ciri inovasi telah menyebabkan sesuatu inovasi baru itu gagal disebarkan. Malah, kajian ini juga dapat membantu pembuat keputusan untuk mengenal pasti punca penolakan inovasi baru dalam kempen kesihatan yang diperkenalkan kepada masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan tahap penerimaan terhadap kempen kesihatan yang diperkenalkan

Item Type:Article
Keywords:Kempen tak nak merokok; penerimaan inovasi; ciri-ciri inovasi; rintangan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:7242
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2014 06:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page