Analisis kualitatif pembingkaian akhbar The Star dan Utusan Malaysia mengenai kontroversi majlis “Thanksgiving” di DUMC

Muhammad Raqib Mohd Sofian, and Adnan Hussein, (2014) Analisis kualitatif pembingkaian akhbar The Star dan Utusan Malaysia mengenai kontroversi majlis “Thanksgiving” di DUMC. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (1). pp. 117-145. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
432kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Kajian ini meneliti dan membandingkan bagaimana dua akhbar arus perdana berlainan bahasa di Malaysia, The Star dan Utusan Malaysia melaporkan isu konflik agama yang mencetuskan kontroversi berkaitan akidah dan kepercayaan umat Islam dalam satu majlis Thanksgiving yang melibatkan pelbagai kaum di Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Majlis ini dianjurkan oleh organisasi Komuniti Harapan pada 3 Ogos, 2011. Tindakan diambil oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan operasi pada majlis Thanksgiving itu menarik perhatian besar pihak media khususnya akhbar The Star dan Utusan Malaysia. Isu ini dianggap sebagai sebuah kes yang kontroversi untuk dikaji dan dibandingkan bagaimana media utama tempatan dan berlainan bahasa menonjolkan seterusnya membingkaikan isu konflik ini. The Star dan Utusan Malaysia dianalisis dengan objektif untuk menentukan pembingkaian berita (news frame) yang digunakan oleh kedua-dua akhbar dalam melaporkan mengenai isu ini seperti yang diperkenalkan oleh sarjana Robert Entman pada 1993. Dapatan kajian mendapati kedua-dua akhbar membingkai isu ini dengan memberi penekanan kepada isu konflik politik yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya parti Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam menangani isu ini. Selain bingkai konflik politik, kedua-dua akhbar menunjukkan perbezaan dalam membingkai isu ini. Akhbar The Star lebih membingkai isu ini dari sudut etika moral manakala akhbar Utusan Malaysia lebih membingkai isu ini dari sudut perlembagaan.

Item Type:Article
Keywords:Pembingkaian akhbar; DUMC; murtad; analisis perbandingan media; isu agama
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:7244
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2014 07:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page