Implikasi komunikatif logo Hari Kemerdekaan: sebuah nota penyelidikan

Siti Nurbayu, and Mohd Yusoff, and Badrul Redzuan Abu Hassan, (2014) Implikasi komunikatif logo Hari Kemerdekaan: sebuah nota penyelidikan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (1). pp. 207-227. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
678kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html

Abstract

Dalam dunia hari ini yang serba canggih serta komunikasi yang semakin pantas, peranan logo amat penting untuk sesebuah syarikat, produk, persatuan, pertubuhan mahupun sesebuah negara. Justeru itu, logo harus direka cipta dengan teliti dan kreatif agar identiti ataupun imej yang diwakili dapat ditonjolkan dengan jelas, penuh bermakna dan menarik. Lazimnya, ia menjadi satu ikon dan simbol kepada apa jua yang diwakilinya. Peranannya amat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh golongan sasar. Umpamanya dalam kempen sambutan perayaan Hari Wanita Sedunia, Hari Bumi, Sukan Olimpik ataupun Tahun Melawat Malaysia. Kajian ini lebih menjurus pada logo Hari Kemerdekaan Malaysia. Justeru, kajian ini sendeng kepada kontroversi rekacipta logo rasmi yang digunapakai dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun 2012. Inilah julung kali sebahagian masyarakat Malaysia dilihat begitu responsif terhadap sebuah rekacipta logo terutamanya di reruang publik digital. Menggunakan perspektif semiotik sosial dan analisis kritis wacana media, kajian ini bertujuan untuk mengkaji fungsi, impak serta implikasi komunikatif logo Hari Kemerdekaan berciri generik ikon gagasan 1Malaysia itu, dalam kehidupan seharian masyarakat negara ini.

Item Type:Article
Keywords:logo; Hari Kemerdekaan; semiotik sosial; analisis kritis wacana media; 1Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:7248
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2014 08:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page