Lee, Hui Er and Normah Mustaffa, and Ali Salman, (2014) Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Lembah Klang untuk terus membaca dan membeli melalui pengiklanan Facebook. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (1). pp. 229-250. ISSN 0128-1496
|
PDF
685kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom/index.html
Abstract
Facebook bukan sahaja menghubungkan individu atau komuniti, malah ia juga bertindak sebagai laman penting bagi industri pengiklanan untuk menjalankan urusan perniagaan secara global. Kajian ini melihat sejauhmanakah faktor-faktor kepuasan keperluan kognitif, kepuasan keperluan afektif, kepuasan keperluan peribadi integratif serta kepuasan keperluan sosial integratif mempengaruhi tahap penerimaan remaja yang berada pada lingkungan umur 18-24 tahun terhadap pengiklanan dalam Facebook. Model kajian dibentuk berdasarkan Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Elihu Katz, Michael Gurevitch & Jay G. Blumler (1973). Seramai 200 responden dipilih secara Purposive Sampling di sekitar Lembah Klang. Data dikumpulkan menerusi kaedah tinjauan menggunakan soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan pembelian produk untuk memenuhi tuntutan ego sendiri merupakan faktor kepuasan keperluan kognitif yang dapat mempengaruhi tahap penerimaan remaja terhadap pengiklanan Facebook. Selain itu, bagi aspek kepuasan keperluan afektif pula menunjukkan bahawa hanya ciri-ciri keistimewaan iaitu pelbagai aplikasi Facebook yang digunakan dalam pengiklanan Facebook dapat mempengaruhi tahap penerimaan remaja terhadap pengiklanan dalam Facebook. Bagi faktor kepuasan keperluan peribadi integratif pula iaitu ciri pengguna dan sikap berhati-hati terhadap perubahan didapati mempunyai hubungan secara langsung dengan tahap penerimaan pengiklanan Facebook. Dari segi sikap kepuasan keperluan sosial integratif, majoriti responden dalam kajian ini didapati adalah bersikap kolektivisme di mana ia dibuktikan mempengaruhi tahap penerimaan golongan remaja terhadap pengiklanan Facebook.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Faktor kepuasan keperluan kognitif, faktor kepuasan keperluan afektif, faktor kepuasan keperluan peribadi integratif, faktor kepuasan keperluan sosial integratif, pengiklanan facebook. |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 7249 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Jul 2014 08:40 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:43 |
Repository Staff Only: item control page