Penerimaan dan penggunaan produk soya dalam kalangan pengguna Semenanjung Malaysia

Maizura Murad, and Wan Aida Wan Mustapha, and Aminah Abdullah, (2014) Penerimaan dan penggunaan produk soya dalam kalangan pengguna Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 43 (7). pp. 977-985. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Makanan berasaskan kacang soya terkenal di Asia sejak beribu tahun dahulu dan ia tidak hanya diiktiraf sebagai makanan tradisi tetapi mempunyai potensi untuk kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan penerimaan, kesukaan dan kadar penggunaan produk soya dalam kalangan pengguna di Semenanjung Malaysia. Seramai 330 responden telah terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar universiti dan masyarakat umum yang berumur 18 tahun ke atas. Setiap responden diminta untuk mengisi borang soal selidik dengan seliaan penyelidik. Kajian menunjukkan bahawa 56% responden lebih menyukai susu soya berbanding dengan produk soya yang lain seperti taufufa (16%), kicap (9%), tempeh (8%), tauhu telur (7%) dan tauhu soya (4%). Sebahagian besar responden (>50%) percaya produk soya boleh mengurangkan risiko kanser dan osteoporosis. Sebanyak 89.4% responden makan tauhu soya. Sementara itu, 63.9% responden makan tauhu telur dan 42.2% suka tauhu telur yang digoreng. Lebih daripada 80% responden meminati warna, aroma, rasa dan tekstur tauhu telur.

Item Type:Article
Keywords:Ciri sensori; penerimaan; penggunaan; produk soya
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7252
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jul 2014 07:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page