Analisis aktiviti enzim dan elisa ke atas penanda biologi pergerakan gigi dalam cecair krevis gingiva manusia semasa rawatan ortodontik

Nurfathiha, A.K. and Rohaya, M.A.W. and Sahidan, S. and Abdul Aziz, J. and Intan Zarina, Z.A. and Zaidah, Z.A. and Shahrul Hisham, Z.A. (2014) Analisis aktiviti enzim dan elisa ke atas penanda biologi pergerakan gigi dalam cecair krevis gingiva manusia semasa rawatan ortodontik. Malaysian Applied Biology, 43 (1). pp. 133-139. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
67kB

Official URL: http://mabjournal.com/

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perhubungan diantara aktiviti spesifik laktat dehidrogenase (LDH), aspartat aminotransferase (AST), asid fosfatase rintang tartrat (TRAP) dan alkali fosfatase (ALP) dengan jumlah enzim masing-masing yang hadir dalam cecair krevis gingiva (gingiva crevicular fluid; GCF) semasa rawatan ortodontik dengan menggunakan analisis statistik. Sampel GCF diambil daripada 19 orang subjek ortodontik pada masa-masa tertentu; sebelum memakai pendakap gigi (basal) dan selepas memakai pendakap gigi [minggu 0 (sebelum dikenakan tekanan) dan minggu 1 hingga minggu 5 (selepas daya diberikan)]. Subjek menerima daya 1.0 N dan 1.5 N sama ada di bahagian kanan atau kiri arkus maksila. Pengasaian enzim dan analisis ELISA dilakukan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tiada korelasi yang tinggi dan signifikan (p>0.05) di antara jumlah enzim dengan aktiviti spesifik enzim semasa rawatan ortodontik pada kedua-dua daya (1.0 N dan 1.5 N) bagi kesemua enzim penanda yang dikaji; LDH (1.0 N, r=-0.28, p>0.05; 1.5 N, r=-0.08, p>0.05), AST (1.0 N, r=-0.49, p>0.05; 1.5 N, r=0.08, p>0.05), TRAP (1.0 N, r=0.016, p>0.05; 1.5 N, r=0.48, p>0.05) dan ALP (1.0 N, r=-0.28, p>0.05; 1.5 N, r=-0.08, p>0.05). Oleh itu, asai enzim lebih sesuai digunakan berbanding analisis ELISA untuk melihat profil aktiviti enzim penanda yang aktif semasa rawatan ortodontik berdasarkan kepada proses pergerakan gigi yang melibatkan enzim aktif.

Item Type:Article
Keywords:Laktat dehidrogenase (LDH); aspartat aminotransferase (AST); asid fosfatase rintang tartrat (TRAP) dan alkali fosfatase (ALP)
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:7298
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2014 05:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:43

Repository Staff Only: item control page