Mengantarabangsakan ruang pendidikan tinggi Malaysia: Pengalaman sosio-budaya pelajar-pelajar antarabangsa di Universiti Utara Malaysia

Ratnawati Yuni Suryandari, and Mohd Nor Jaafar, and Nurul Hamiza Hamzah, (2014) Mengantarabangsakan ruang pendidikan tinggi Malaysia: Pengalaman sosio-budaya pelajar-pelajar antarabangsa di Universiti Utara Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 60-72. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Sistem Pendidikan Tinggi Malaysia kini lebih terbuka dan berhasrat menjadikan hub pendidikan tinggi serantau. Pengantarabangsaan merupakan satu pendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia. UUM menyahut cabaran pengantarabangsaan dengan menawarkan peluang pengajian kepada pelajar antarabangsa. Tujuan kajian ialah untuk melihat masalah sosio-budaya yang dihadapi dan ditimbulkan oleh para pelajar antarabangsa di Dewan Penginapan Pelajar Maybank UUM. Responden adalah seramai 182 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai mewakili 43% daripada populasi. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk menjawab soalan-soalan kajian. Daripada kajian ini didapati bahawa; (1) sebahagian besar pelajar antarabangsa tidak menghadapi sebarang masalah sosio-budaya, terutamanya pelajar dari Indonesia, (2) skala jarak budaya antara negara asal pelajar dengan negara Malaysia pada tahap ‘lebih kurang sama’, (3) masalah sosio-budaya yang kadang-kadang ditimbulkan oleh pelajar antarabangsa adalah masalah bahasa, etika, kebersihan dan kemudahan penginapan yang kondusif. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semakin banyak persamaan keadaan sosio-budaya antara negara asal pelajar dengan negara Malaysia, dan semakin pendek jarak antara negara asal dengan negara Malaysia, maka para pelajar antarabangsa tersebut kurang menghadapi dan menimbulkan masalah sosio-budaya.

Item Type:Article
Keywords:jarak budaya, masalah sosio-budaya, pelajar antarabangsa, pendidikan tinggi, pengantarabangsaan, persamaan budaya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7465
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2014 12:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page