Status modal insan dalam menjamin kelestarian hidup Suku Che Wong dan Jahut: suatu analisis perbandingan

Mustaffa Omar, and Amir Zal, W.A. and Sharina Halim, and Hood Salleh, (2014) Status modal insan dalam menjamin kelestarian hidup Suku Che Wong dan Jahut: suatu analisis perbandingan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 73-89. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kajian ini membandingkan status modal insan dalam kalangan Orang Asli suku Che Wong dengan suku Jahut di Pahang yang sedang mengalami keterancaman akibat pertambahan penduduk yang perlahan. Maklumat kajian diperolehi melalui kaji selidik berstruktur, temu bual separa berstruktur, dan teknik pemerhatian di lapangan. Analisis ke atas status modal insan dalam tulisan ini dibahagi kepada empat jenis aset, iaitu demografi, pendidikan meliputi kemahiran, status kesihatan dan pekerjaan. Dari aspek aset demografi, suku Che Wong didapati menghadapi tekanan dalam bentuk risiko kematian yang lebih tinggi, peluang berkahwin yang terhad dan lewat, masalah perkahwinan bawah umur, serta tradisi amalan merancang keluarga yang meluas. Kesemua keadaan ini dilihat tidak banyak membantu ke arah peningkatan jumlah penduduk Che Wong berbanding Jahut. Dari segi aset pendidikan dan kemahiran, suku Che Wong didapati kurang kelayakan akademik dan kebolehan literasi, serta pendedahan kepada latihan kemahiran, lantas mereka sering terhalang daripada menikmati peluang-peluang bekerjaya yang lebih baik berbanding suku Jahut. Dari segi status aset kesihatan, bentuk ancaman kesihatan yang dilalui suku Che Wong lebih condong kepada masalah perkembangan fizikal dan ketidakcukupan makan. Sementara bagi suku Jahut pula, pemasalahan kesihatan yang dihadapi lebih banyak dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup, lantas mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik seperti mana biasa dialami masyarakat luar. Berkaitan status aset pekerjaan, masalah pengangguran dan ketiadaan jaminan kerja adalah lebih tinggi dalam kalangan suku Che Wong berbanding Jahut. Akhirnya, analisis komposit pula membuktikan kekurangan dalam penguasaan suku Che Wong terutama ke atas dua jenis aset, iaitu aset pendidikan dan aset kemahiran pekerjaan telah meletakkan mereka dalam kedudukan lebih mudah terancam berbanding suku Jahut.

Item Type:Article
Keywords:kelestarian, kemudahterancaman, kesihatan, modal insan, Orang Asli, pemilikan aset, pengangguran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7466
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2014 12:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page