Pembangunan bekas tapak pelupusan dan kecukupan penyediaan kawasan lapang: Satu pendekatan menang-menang dalam pembangunan bandar di Malaysia

Mazifah, S and Azahan, A and Kadir, A (2014) Pembangunan bekas tapak pelupusan dan kecukupan penyediaan kawasan lapang: Satu pendekatan menang-menang dalam pembangunan bandar di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 90-100. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
254kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pendekatan menang-menang perlu ada dalam membangunkan sumber baharu, khususnya bekas tapak pelupusan,bagi penyediaan ruang bandar yang memenuhi piawaian perancangan. Bekas tapak pelupusan memang berpotensi untuk menjadi alternatif terbaik bagi menyediakan kawasan lapang bandar di Malaysia. Menggunakan maklumat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, artikel ini mengulas pendekatan membangunkan semula bekas tapak pelupusan sebagai usaha alternatif bagi memenuhi kecukupan penyediaan kawasan lapang dalam konteks perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia. Dasar Perbandaran Negara, melalui Pelan Tindakan DPN6 dan DPN9 menegaskan tentang keperluan membangunkan bekas tapak pelupusan yang dari segi potensinya sesuai untuk dijadikan taman awam, sementara penyediaan taman awam pula perlu memenuhi keperluan piawaian perancangan. Oleh itu, strategi menang-menang wajar digunakan untuk membangunkan semula tapak pelupusan dan keperluan pembangunan taman awambandar di neagra ini.Menggunakan langkahmembangunkan taman awam di atas bekas tapak pelupusan merupakan suatu pendekatan yang disatukan bagi tujuan mencapai matlamat pembangunan bandar mampan di Malaysia. Menggunakan pendekatan ini menjelang 2020 sebanyak 179 tapak pelupusan dengan keluasan 450 hektar dapat dibangunkan sebagai kawasan lapang dalam pelbagai bentuk kemudahan awam bandar.

Item Type:Article
Keywords:bekas tapak pelupusan, Dasar Perbandaran Negara, pembangunan bandar mampan, pembangunan semula tapak pelupusan, pendekatan menang-menang, taman awam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7467
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Aug 2014 05:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page