Mohd Yahya Mohd Hussin, and Yusni Anis Yusuf, and Fidlizan Muhammad, and Azila Abdul Razak, and Fatimah Salwa Abdul Hadi, (2014) Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-Reit) dalam membangunkan industri sawit di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 101-112. ISSN 2180-2491
|
PDF
288kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah. Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | aktiviti pelaburan, Al-Hadharah Bousted REIT, Amanah Pelaburan Hartanah Islam, industri kelapa sawit, instrumen pasaran modal Islam, prinsip syariah |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 7468 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Aug 2014 05:11 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:44 |
Repository Staff Only: item control page