Ramle Abdullah, and Asmawi Ibrahim, and Mohamad Hafis Amat Simin, and Nur Hafizah Ramle, and Mohd Sukhairi Mat Rasat, (2014) Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 113-124. ISSN 2180-2491
|
PDF
274kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (i) Apakah konsep hutan dari perspektif mereka? (ii) Bagaimanakah sikap mereka untuk memastikan kelestarian hutan? Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam dengan 20 responden utama yang mewakili suku Semaq Beri di Kg. Sg. Pergam, Kemaman and Kg. Sg. Berua, Hulu Terengganu. Hasil kajian menunjukkan suku kaum Semaq Beri mempunyai pemikiran yang tersendiri berkenaan persekitaran hutan dalam kehidupan mereka. Antara lain, kepelbagaian biologi hutan dipercayai anugerah kuasa ghaib untuk kesenangan dan keharmonian hidup manusia, iaitu membekalkan keperluan seperti makanan, pendapatan, ubat-ubatan dan sumber lain. Justeru itu hutan rimba sering diibaratkan sebagai ‘bank’, iaitu sebagai institusi tempat individu menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan apabila perlu. Berasaskan persepsi sedemikian juga pendekatan suku kaum Semaq Beri dalam meneroka, memelihara dan menjaga kelestarian hutan terbentuk supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | hutan, kepelbagaian biologi, Orang Asli, pemuliharaan hutan, kelestarian hutan, Semaq Beri |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 7469 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Aug 2014 05:19 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:44 |
Repository Staff Only: item control page