Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: Kes pekerja keluarga dwi-pendapatan

Zaimah Ramli, and Jariah Masud, and Sharifah Azizah Haron, and Mumtazah Othman, and Sarmila, MS and Abd Hair Awang, (2014) Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: Kes pekerja keluarga dwi-pendapatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 125-133. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan pekerja yang berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pekerja dalam sektor awam yang telah berkahwin dengan tumpuan khas kepada pekerja dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden dilibatkan dalam kajian ini. Kesejahteraan kewangan diukur menggunakan skala Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Tahap kesejahteraan kewangan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan 40 peratus responden adalah dalam kategori kesejahteraan kewangan tinggi, 49 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan sederhana dan 11 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan rendah. Secara keseluruhannya, kajian merumuskan bahawa tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan adalah pada tahap sederhana.

Item Type:Article
Keywords:keluarga dwi-pendapatan, kesejahteraan kewangan, pekerja telah berkahwin, pendapatan bulanan,sektor awam, tingkah laku kewangan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7470
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Aug 2014 05:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page