Menilai kepentingan relatif faktor keputusan-pemilihan destinasi migrasi mengguna pakai AHP dengan rujukan kepada Lembah Klang,Malaysia

Mohd Fadzil Abdul Rashid, (2014) Menilai kepentingan relatif faktor keputusan-pemilihan destinasi migrasi mengguna pakai AHP dengan rujukan kepada Lembah Klang,Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 148-159. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Tingkah laku migrasi merupakan salah satu fenomena bandar yang unik dan sukar untuk difahami. Ini berikutan migrasi merupakan suatu masalah keputusan yang dicetuskan oleh multi-faktor. Maka, corak tingkah laku migrasi hanya boleh dianggarkan melalui kefahaman terhadap kepentingan relatif faktor-faktor keputusan pemilihan destinasi migrasi. Banyak teknik yang boleh diguna pakai untuk menilai kepentingan relatif multi-faktor dalam masalah keputusan. AHP (Proses Hirarki Analitik) adalah salah satu teknik yang meluas diguna pakai dalam MCDA (Analisis Keputusan Multi-Kriteria). Artikel ini bertujuan untuk membincangkan aplikasi AHP bagi menilai faktor keputusan-pemilihan destinasi migrasi di kawasan bandar. Perbincangan ini dijangkakan akan memberi dua sumbangan utama iaitu cara aplikasi AHP dan pada masa yang sama merumuskan kepentingan relatif faktor-faktor yang mempengaruhi corak penyerakan migrasi di bandar. Artikel ini amat signifikan kepada jururancang bandar kerana elemen migrasi memberi sumbangan yang besar terhadap proses urbanisasi dan perubahan demografi. Maka, ia perlu diberi pertimbangan dan penekanan di dalam proses pembuatan keputusan di dalam perancangan bandar.

Item Type:Article
Keywords:AHP, keputusan destinasi, MCDA, migrasi, pelbagai faktor pemilihan, perancangan bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7472
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Aug 2014 05:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page