Rosazman Hussin, and Velan Kunjuraman, (2014) Pelancongan mapan berasaskan komuniti (CBT) melalui program homestay di Sabah, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 160-174. ISSN 2180-2491
|
PDF
350kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Program homestay adalah salah satu aktiviti pelancongan yang berasaskan kepada penglibatan komuniti yang mempunyai potensi untuk berkembang dan membangunkan masyarakat luar bandar. Untuk menjayakan program ini, pihak yang terlibat khususnya pengusaha homestay harus mengenal pasti langkah yang boleh memberi kepuasan pelancong dan pada masa yang sama bermanfaat kepada mereka. Kepuasan pelancong harus diberi perhatian supaya program homestay dapat dikekalkan dan bersifat berterusan bagi jangka masa yang panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap kepuasan pelancong domestik di Kampung Mesilou Kundasang, Sabah terhadap mutu perkhidmatan homestay. Kepuasan diukur berdasarkan analisis min bagi pelancong domestik yang berkunjung ke program homestay tersebut. Pendekatan penyelidikan kuantitatif ini telah diaplikasikan dalam kajian ini, iaitu penggunaan kaedah temu bual bersemuka dengan menggunakan borang kaji selidik ke atas 85 orang pelancong domestik. Kaedah temu bual secara mendalam dan pemerhatian turut dilaksanakan bersama dengan pihak berkepentingan (stakeholders) dalam program homestay tersebut bagi mendapatkan maklumat tambahan. Hasil kajian menunjukkan kesemua pelancong domestik berpuas hati terhadap kemudahan, tahap keselamatan dan perkhidmatan yang disediakan program homestay sebagaimana ditunjukkan oleh nilai min kepuasan antara 4.193-4.4157. Penemuan ini menunjukkan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap ketiga-tiga elemen berada dalam zon berpuas hati. Kajian ini penting kepada pihak berkepentingan dalam program homestay khususnya kepada pengusaha agar mereka mengetahui keinginan para pelancong domestik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | analisis min, kepuasan pelancong domestik, kualiti homestay, Pelancongan Berasaskan Komuniti,pelancong domestik, program homestay |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 7473 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Aug 2014 05:57 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:44 |
Repository Staff Only: item control page