Pengusaha premis penginapan Bumiputra Melayu Anak Kelantan: Keupayaan merealisasi perancangan pembangunan

Asran Alias, and Melasutra Md Dali, (2014) Pengusaha premis penginapan Bumiputra Melayu Anak Kelantan: Keupayaan merealisasi perancangan pembangunan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 175-187. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
433kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pembangunan premis penginapan pesisir pantai telah membangun dengan pesatnya di Negeri Kelantan pada awal tahun 2000 sehingga sekarang. Pelbagai jenis premis penginapan telah dibina termasuklah secara kecil-kecilan dan sederhana terutamanya oleh Bumiputra Melayu Anak Kelantan. Jabatan Perancang Bandar & Desa telah mengeluarkan satu garis panduan dalam membangunkan kawasan pantai. Namun begitu, sejauhmanakah garis panduan tersebut dipatuhi? Pematuhan ini akan mewujudkan rangkaian perancangan yang berkesan seterusnya mewujudkan kawasan pembangunan yang mampan. Penulisan memfokus kepada pematuhan dan pemakaian pengusaha premis penginapan tersebut dalam membangunkannya. Perbincangan akan melihat kepada pembangunan fizikal yang telah dibangunkan oleh pengusaha samada bangunan, infrastruktur dan kawasan lapang. Kertas kerja ini menyingkap keupayaan pengusaha premis penginapan dalam merancang pembangunan melalui pematuhan kriteria perancangan. Kajian dijalankan dengan menemuduga premis penginapan terpilih dan Pusat Hentian Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan terlibat melalui borang kaji selidik kepada pengusaha dan pemerhatian terhadap pembangunan fizikal.

Item Type:Article
Keywords:Bumiputra Melayu Anak Kelantan, Garis Panduan & Piawaian Perancangan Kawasan Pantai, pembangunan fizikal, pelancongan pesisir pantai, premis penginapan pesisir pantai, usahawan kecil dan menengah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7474
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Aug 2014 08:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page