Memperkasakan pelajar pasca-siswazah Indonesia dalam penulisan akademik Bahasa Melayu

Norsimah Mat Awal, and Hafriza Burhanudeen, and Nor Zakiah Abdul Hamid, and Mohd Azlan Mis, (2006) Memperkasakan pelajar pasca-siswazah Indonesia dalam penulisan akademik Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 6 (1). pp. 1-10. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
150kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Menurut perangkaan kemasukan pelajar pasca-siswazah antarabangsa sesi 2004/2005 di UKM, bilangan pelajar Indonesia merupakan yang tertinggi berbanding pelajar antarabangsa yang lain. Untuk memenuhi keperluan pengijazahan pelajar-pelajar pascasiswazah ini dikehendaki menulis tesis atau disertasi di dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris namun kebanyakan pelajar Indonesia ini lebih cenderung memilih untuk menulis di dalam bahasa Melayu. Masalahnya mula timbul dalam pemilihan kata atau ungkapan dalam penulisan mereka sehingga mengganggu kelancaran pemahaman pembaca. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan kajian kami di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM. Kajian ini bertujuan untuk melihat variasi makna laras akademik di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan masalah pemahaman timbul ekoran dari tiga perbezaan yang ketara di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Perbezaan tersebut ialah pertama, istilah/ungkapan yang berbeza tetapi merujuk kepada makna yang sama, kedua ialah istilah/ungkapan yang sama digunakan tetapi membawa makna yang berbeza dan ketiga ialah amalan mentransliterasi bahasa Inggeris dalam bahasa Indonesia.

Item Type:Article
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:748
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:06 Apr 2011 03:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page