Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-Umam

Azmul Fahimi Kamaruzaman, (2010) Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-Umam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 32 . pp. 25-39. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
167kB

Official URL: http://www.ukm.my/~ijis/index.html

Abstract

Penulisan ini membincangkan genesis atau asal usul idea Tajribah (pengalaman) Miskawayh yang mendominasi historiografinya dalam kitab Tajarib al-Umam. Untuk tujuan tersebut, artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara konseptual. Fokus adalah untuk membentuk genesis idea Tajribah iaitu dengan menginterpretasi epistemologinya berdasarkan etimologi judul kitabnya Tajarib al-Umam. Interpretasi juga melibatkan tiga prinsip asas yang mendasari pola pemahaman yang sama dengan Tajribah iaitu Khibrah (kepakaran), Mulahazah (pemerhatian) dan Zahirah (fenomena). Interpretasi juga menghubungkan prinsip-prinsip tersebut dengan gagasan sejarah yang dikemukakan oleh Miskawayh dalam Muqaddimah kitab Tajarib al-Umam.

Item Type:Article
Keywords:Historiografi dan falsafah sejarah Miskawayh; Tajarib al-Umam;dan Tajribah.
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:7494
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2014 12:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page