Penyediaan dan pencirian nanokomposit epoksi berpenguat getah asli terepoksida

Se Yong Eh Noum, and Sahrim Ahmad, and Rozaidi Rasid, and Yew, Chin Hock and Lee, Yip Seng and Tarawneh Mou'ad, A (2014) Penyediaan dan pencirian nanokomposit epoksi berpenguat getah asli terepoksida. Sains Malaysiana, 43 (8). pp. 1231-1237. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
937kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm

Abstract

Komposit epoksi berpengisi hibrid OMMT (organo-monmorilonit) dan getah asli terepoksida (ENR) telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah penyemperitan berskru kembar pusingan searah. Ujian regangan ke atas sistem epoksi yang dihasilkan menunjukkan modulus Young bagi komposit hibrid epoksi adalah lebih tinggi daripada resin tanpa pengisi dan nilai modulus didapati meningkat dengan peningkatan komposisi OMMT dalam matriks (setinggi 40% peningkatan). Hal ini dipercayai adalah disebabkan oleh sifat tegar lapisan MMT. Sementara itu, peningkatan luas permukaan kawasan antara fasa ekoran kehadiran fasa penambah didapati telah mengurangkan tegasan alah dan terikan akhir komposit hibrid yang dihasilkan. Pemeriksaan mikrostruktur komposit hibrid epoksi melalui TEM dan XRD mendedahkan taburan OMMT dalam matriks epoksi dengan susunan interkalasi dan pengelupasan. Analisis DSC ke atas sampel yang termatang menunjukkan bahawa Tgsistem komposit hibrid adalah rendah berbanding dengan sistem perduaan (E5B dan E5LE). Pengurangan ketumpatan taut silang disyaki merupakan punca penyusutan Tg ini.

Item Type:Article
Keywords:Getah asli terepoksida; komposit epoksi; organo-monmorilonit; penyemperitan berskru kembar
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7521
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Sep 2014 12:06
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page