Kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M): satu kajian kes di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan

Sharifah Nor Puteh, and Juti Ranti, (2009) Kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M): satu kajian kes di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan. International Journal of Learner Diversity, 1 (1). pp. 189-206. ISSN 2180-1630

[img]
Preview
PDF
9kB

Official URL: http://www.ukm.my/fpendidikan

Abstract

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan mulai tahun 2006 adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membantu murid Tahun I menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M. Orientasi pendekatan KIA2M berbentuk penyelesaian masalah melalui pengajaran semula secara intensif kemahiran asas membaca dan menulis yang sepatutnya telah pun dikuasai oleh murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di sebuah sekolah rendah di pedalaman. Dapatan kajian mendapati kemajuan literasi murid yang pernah mengikuti program KIA2M mulai tahun 2006 di sekolah tersebut amat menggalakkan di mana majoriti murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Artikel ini juga membincangkan bagaimana guru-guru yang mengendalikan KIA2M di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan berupaya membimbing murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.

Item Type:Article
Keywords:Intervensi awal; kemahiran asas membaca dan menulis; penggabungjalinan kepelbagaian bahan sumber; sekolah rendah; Malaysia
Journal:International Journal of Learner Diversity
ID Code:7540
Deposited By: stud01
Deposited On:11 Sep 2014 06:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page