Tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit sebagai M-pembelajaran dalam Pendidikan Islam

Aliff Nawi, and Mohd Isa Hamzah, (2013) Tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit sebagai M-pembelajaran dalam Pendidikan Islam. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 5 (1). pp. 1-10. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
156kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap penerimaan guru dan pelajar terhadap penggunaan telefon bimbit sebagai m-pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Tumpuan kajian adalah untuk melihat beberapa aspek, iaitu (1) apakah jenis telefon bimbit yang digunakan; (2) penggunaan aplikasi dalam telefon bimbit; (3) aktiviti pembelajaran dalam telefon bimbit; (4) tahap penerimaan telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif di mana seramai 32 orang guru terlibat dalam kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa m-pembelajaran adalah berpotensi dilaksanakan dalam pendidikan islam. Hal ini demikian adalah disebabkan responden berkemampuan untuk memiliki telefon bimbit yang bersesuaian. Selain itu, mereka juga terdedah dengan penggunaan aktiviti pembelajaran semasa menggunakan telefon bimbit mereka. Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit sebagai alat m-pembelajaran adalah bersesuaian dan wajar untuk digunakan dalam kalangan guru. Cadangan untuk melaksanakan telefon bimbit sebagai m-pembelajaran dalam Pendidikan Islam perlu diterokai. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk memastikan penggunaan telefon dapat memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Item Type:Article
Keywords:m-pembelajaran; telefon bimbit; Pendidikan Islam; pengajaran dan pembelajaran
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:7542
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Sep 2014 08:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page