Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia

Noornajihan Jaafar, and Ab. Halim Tamuri, (2013) Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 5 (1). pp. 41-60. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
226kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap efikasi kendiri (EK), tahap kualiti guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah menengah kebangsaan di Semenanjung Malaysia dan hubungan antara dua pemboleh ubah tersebut. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik merupakan instrumen utama kajian. Teknik pensampelan kelompok atas kelompok digunakan bagi menentukan sampel kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 544 orang GPI yang mewakili populasi seramai 8562 orang GPI di SMK semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan EK GPI dan kualiti GPI masing berada pada tahap sangat tinggi (min=4.32) dan cemerlang (min=4.32). Analisis Pearson pula menunjukkan terdapatnya korelasi yang sederhana dan positif antara EK dengan kualiti GPI (r=0.619).

Item Type:Article
Keywords:Efikasi kendiri; kualiti guru Pendidikan Islam.
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:7545
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Sep 2014 08:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page