Mohd Tarmizi Hasrah, (2013) Tradisi linguistik barat dan arab di Malayonesia abad Ke-19. Jurnal Melayu, 10 . pp. 1-20. ISSN 1675-7513
|
PDF
178kB |
Official URL: http://www.ukm.my/j-melayu/
Abstract
Tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam memiliki perbezaan yang jelas. Hal ini sesuai dengan tanggapan mengenai ketidakneutralan ilmu kerana setiap ilmu sangat dipengaruhi oleh kebudayaan, agama, ideologi, atau isme-isme lainnya. Justeru, sesuatu ilmu yang terbangun dalam sesebuah kebudayaan tertentu menghasilkan ilmu yang berbeza dengan kebudayaan lainnya. Hal yang sama kelihatan dalam ilmu linguistik. Oleh sebab itu, Barat dan Arab-Islam memperlihatkan pengertian ilmu linguistik dan bahasa yang berbeza. Bagi tradisi linguistik Barat selepas 1700-an menitiberatkan pemerian bahasa secara “apa adanya”; manakala, tradisi linguistik Arab-Islam berpangkal pada pemerian bahasa secara “apa yang sepatutnya.” Makalah ini, membincangkan keberadaan penerapan cara-gaya pemerian kedua-dua tradisi dalam memeri dan menganalisis nahu bahasa Melayu sebelum tahun 1900-an. Penerapan kedua-dua tradisi tersebut dilihat dalam karya dua orang penahu bahasa Melayu abad ke-19, iaitu Raja Ali Haji dan William Marsden. Penulis menjadikan karya-karya mereka berdua sebagai objek penjejakan penerapan kaedah nahu bersumberkan tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam seperti Bustan al-Katibin (1850) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1858) oleh Raja Ali Haji dan A Dictionary and Grammar of Malayan Languages (1812) oleh William Marsden. Analisis pengelasan kata dalam karya-karya kedua-dua bahasawan tersebut membuktikan bahawa Raja Ali Haji dalam pemerian nahunya berpegang pada paradigma yang terbina daripada tradisi linguistik Arab-Islam; manakala, William Marsden pula berpegang pada paradigma yang dibangunkan daripada tradisi linguistik Barat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | tradisi linguistik Barat; tradisi linguistik Arab-Islam; apa adanya; apa yang sepatutnya; pengelasan kata |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 7557 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Sep 2014 07:20 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:44 |
Repository Staff Only: item control page