Dialek melayu Terengganu: pendokumentasian dan pengekalan warisan variasi bahasa tempatan

Noor Rohana Mansor, and Noraien Mansor, and Normaliza Abd Rahim, (2013) Dialek melayu Terengganu: pendokumentasian dan pengekalan warisan variasi bahasa tempatan. Jurnal Melayu, 10 . pp. 21-35. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
159kB

Official URL: http://www.ukm.my/j-melayu

Abstract

Makalah ini memberikan fokus untuk menganalisis dan menjelaskan tentang ciri-ciri keunikan dialek negeri Terengganu serta strategi pengekalan warisan variasi bahasa tempatan dalam konteks penggunaan bahasa lokaliti daerah pesisir pantai. Sasarannya adalah ke arah pendokumentasian dan pemeliharaan serta pengekalan khazanah warisan variasi bahasa khususnya bagi dialek negeri Terengganu untuk mengelak kepupusan bahasa tempatan. Pelaksanaan kajian mengaplikasikan kaedah kualitatif diskriptif menggunakan soal selidik dan temu bual yang direkodkan dan ditranskripsikan perbualan daripada informan yang dipantau oleh penutur jati dialek Melayu Terengganu bagi ketepatan makna di dalam interpretasi data. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang ahli komuniti daripada empat mukim terpilih bagi kawasan pesisir pantai daerah Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada pelbagai latar kategori ahli komuniti iaitu masyarakat kampung secara umum, golongan pekerja kerajaan dan swasta serta pengunjung kedai kopi. Hasil kajian memperlihatkan keunikan dialek Melayu Terengganu kawasan pesisir pantai yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari aspek fonologi dan kosa kata di dalam pertuturan mereka. Antaranya menyentuh kelainan sebutan bagi aspek bunyi vokal, konsonan, diftong, suku kata dan kosa kata yang melibatkan pengguguran, penggantian, pemendekan, penegasan sebutan, perkataan serta pengayaan kosa kata tempatan. Tegasnya, kekayaan variasi bahasa dialek tempatan sewajarnya didokumentasikan sebagai pengekalan dan pelestarian khazanah warisan tempatan untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang dan seterusnya dapat mengangkat martabat serta memperkasakan bahasa, budaya dan masyarakat Malaysia secara global.

Item Type:Article
Keywords:dialek; variasi bahasa; keunikan; pendokumentasian; pengekalan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:7558
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2014 07:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page