Pencerahan manusiawi:kesejagatan, keberpijakan dan keberpihakan sebagai dasar wawasan sastera

Azhar Ibrahim, (2013) Pencerahan manusiawi:kesejagatan, keberpijakan dan keberpihakan sebagai dasar wawasan sastera. Jurnal Melayu, 10 . pp. 79-92. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
158kB

Official URL: http://www.ukm.my/j-melayu/

Abstract

Sastera mempunyai tugas dalam mencerahkan pemikiran awam agar tidak mudah terjebak dengan ideologi yang menyempit, termasuk sikap literalisme atau keharfiahan. Pencerahan manusiawi mengaju kepada kebebasan manusia daripada kebobrokan. Dalam keadaan masyarakat ditindas atau wujudnya sikap tidak toleran kepada kepelbagaian, maka dari lembaran-lembaran sasteralah dapat dilihat kesungguhan manusia untuk ‘melawan’, lantas mengucapkan pendirian, kepercayaan dan keazaman mereka. Alam sastera adalah sebahagian daripada khazanah kebudayaan dan keintelektualan yang telah dan akan terus mencorakkan identiti suatu kelompok bangsa dan negara. Tiga segi utama harus ada pada suatu wawasan sastera yang manusiawi. Pertama, kesejagatan yang berpegang dan yakin pada nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan sejagat; ia hanya akan bermakna sekiranya ditempatkan dalam konteks partikular atau setempat. Kedua, perihal keberpijakan iaitu sastera yang peduli dan tidak kerdil menanggapi soal setempat; ia membumi membicarakan dan merungkai persoalan kehidupan yang berlangsung. Ketiga, keberpihakan yang ada dalam jiwa dan nilai para sasterawan, termasuk dalam wacana kritik sastera itu sendiri. Pilihan berkecuali seringkali berhujung dengan bersekongkol dengan kebatilan dan kezaliman. Sastera terpanggil untuk dijadikan wadah bagi menyedarkan masyarakat dan menyalurkan rasa keberdayaan. Ternyata sastera mampu menyumbang ke arah itu.

Item Type:Article
Keywords:kesusasteraan; khazanah kebudayaan; khazanah intelektual; wadah sastera; kesejagatan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:7562
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2014 07:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page