Pengurusan efluen perindustrian dari perspektif undang-undang

Harlida Abdul Wahab, and Nurli Yaacob, (2014) Pengurusan efluen perindustrian dari perspektif undang-undang. Jurnal Pengurusan, 40 . pp. 137-149. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Fungsi utama sungai sebagai sumber air bagi kehidupan manusia semakin terjejas berpunca daripada pencemaran yang berlaku akibat aktiviti manusia. Masalah ini juga semakin ketara dengan bertambahnya kilang-kilang perindustrian yang menghasilkan sisa-sisa buangan yang dirujuk sebagai efluen perindustrian. Kertas ini membincangkan kaedah pengurusan sungai melalui pendekatan undang-undang. Penulis menganalisis mekanisme perundangan yakni peruntukan undangundang berkaitan dengan pencemaran sungai akibat daripada pelepasan sisa atau efluen perindustrian. Sebagai salah satu mekanisme yang mampu mengawal dan mengatasi masalah pencemaran sungai, undang-undang yang dibincangkan adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Skop perbincangan mengkhusus kepada peruntukan berhubung dengan kawalan pencemaran hasil pelepasan efluen oleh kilang-kilang industri ke sungai. Selain itu, perbincangan dan beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan dalam bahagian kesimpulan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan pencemaran sungai; undang-undang alam sekitar; efluen perindustrian
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:7574
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Sep 2014 06:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page