Adakah saluran pinjaman bank dasar monetari relevan? kajian data panel dari Indonesia

Zulkefly Abdul Karim, and Noraini Abdullah, and Fathin Faizah Said, (2014) Adakah saluran pinjaman bank dasar monetari relevan? kajian data panel dari Indonesia. Jurnal Pengurusan, 40 . pp. 151-161. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kerelevanan saluran pinjaman bank (bank lending channel) di Indonesia dengan menggunakan data pada peringkat bank yang bermula pada tahun 1990 hingga 2010. Kaedah data panel statik iaitu model kesan tetap (fixed effects) dan kesan rawak (random effects) telah digunakan untuk menganggar fungsi penawaran pinjaman bank di Indonesia. Selain daripada pemboleh ubah dasar monetari, beberapa pemboleh ubah makroekonomi (KDNK benar dan inflasi) dan pemboleh ubah khusus bank (saiz bank, kecairan, dan modal bank) juga diambil kira dalam menganggarkan fungsi penawaran pinjaman bank. Hasil kajian menyokong kewujudan saluran pinjaman bank di Indonesia yang menjelaskan penawaran pinjaman bank adalah berhubungan secara negatif dan signifikan dipengaruhi oleh dasar monetari. Pemboleh ubah khusus bank seperti kecairan dan nisbah modal juga signifikan dan berhubungan secara negatif, manakala saiz aset pula signifikan dan berhubungan secara positif dengan penawaran pinjaman bank.

Item Type:Article
Keywords:Saluran pinjaman bank; dasar monetari; data panel statik
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:7575
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Sep 2014 06:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page