Tan, CE and Tohit N, and Shamsul Azhar Shah, and Lee CC, and Mohd Ridzuan AR, and Siti Rahimah S, and Ooi SH, (2013) Chronic kidney disease stage 3B among Malaysian diabetics in primary care and its associated factors: a pilot 5-year case control study. Medicine & Health, 8 (2). pp. 55-63. ISSN 1823-2140
|
PDF
260kB |
Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang berkait dengan penyakit ginjal kronik tahap 3b di kalangan pesakit kencing manis yang dirawat di Pusat Perubatan Primer UKM, khususnya peranan dos ubatan yang menyekat angiotensin. Kajian ini merupakan kajian kes-kawalan pilot yang tidak dipadankan dan dijalankan di sebuah pusat pengajaran perubatan primer. Data klinikal 25 kes pesakit dengan penyakit ginjal kronik tahap 3b (GFR 30-45ml/min/1.73m2) dalam tahun 2012 dipilih sebagai kes untuk kajian ini. Di samping itu, 103 pesakit diabetes yang mempunyai GFR lebih daripada 45ml/min/1.73m2 dalam tahun 2012 dipilih sebagai kawalan. Sampel dipilih secara rawak sistematik. Data pesakit diperolehi melalui rekod pesakit diabetes, sistem maklumat kesihatan komputer, dan fail perubatan pesakit. Analisis univariat menggunakan ujian chi square, t-test, Fisher’s exact test dan Mann-Whitney U-test. Regresi logistik digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang berkait dengan pembentukan penyakit ginjal kronik tahap 3b. Kes dan kawalan berbeza dari segi umur, jangkamasa diabetes, penggunaan dan dos ubat penyekat angiotensin, tekanan darah sistolik dan GFR permulaan. Regresi logistic menunjukkan bahawa tekanan darah sistolik (Adjusted OR= 1.08, 95% CI= 1.02-1.14, p=0.013) and GFR tahap asas (Adjusted OR= 0.90, 95% CI= 0.85-0.95, p<0.001) berkait secara signifikan dengan pembentukan penyakit ginjal kronik tahap 3b di kalangan pesakit diabetes. Penggunaan dos ubat penyekat angiotensin yang maksimum memperlihatkan kesan perlindungan (Adjusted OR= 0.14, 95% CI=0.85-0.95, p=0.025). Kajian ini menyokong keperluan kawalan tekanan darah sistolik yang baik untuk melambatkan kemerosotan fungsi ginjal. Dos ubat penyekat angiotensin perlu dioptimumkan di kalangan pesakit-pesakit ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kajian kes-kawalan; kencing manis; perubatan primer; kelemahan fungsi ginjal; kronik |
Journal: | Medicine & Health |
ID Code: | 7593 |
Deposited By: | Mr. Muhammad Wafi - |
Deposited On: | 29 Sep 2014 13:11 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:44 |
Repository Staff Only: item control page