Mohd Sabri Mamat, and Syed Najmuddin Syed Hassan, and Ab. Halim Tamuri, (2009) Amalan ibadat harian dan sumbangannya kepada kecerdasan emosi remaja. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (1). pp. 29-40. ISSN 1985-6236
|
PDF
152kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan terhadap 674 orang pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia. Kajian ini bersifat kajian tinjauan untuk melihat tahap amalan ibadat harian (solat, puasa, membaca al-Quran dan zikir doa) berdasarkan persepsi. Pada masa yang sama, pengkaji ingin melihat sejauh mana sumbangan amalan ibadat harian menyumbang kepada tahap kecerdasan emosi (kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri). Dua set instrumen, iaitu Inventori Ibadat Harian (IIH-MRSM) dan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM-MEQI) digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa amalan ibadat harian menyumbang kepada ketiga-tiga domain kecerdasan emosi seseorang. Amalan zikir doa dan membaca al-Quran didapati menyumbang kepada peningkatan kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar. Ibadat-ibadat zikir doa, membaca al-Quran dan solat pula menyumbang kepada peningkatan regulasi kendiri. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa mendapati keempat-empat konstruk amalan ibadat harian menyumbang kepada peningkatan motivasi kendiri. Kajian ini memberi penunjuk kepada pendekatan pendidikan yang boleh diamalkan di sekolah, terutama sekolah berasrama dalam membentuk keperibadian pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | strategi pembelajaran bahasa; bahasa Arab; sekolah menegah agama. |
Journal: | JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education |
ID Code: | 763 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 12 Apr 2011 03:46 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:28 |
Repository Staff Only: item control page